Wednesday, 7 September 2011

Penentu Harga Cetakan Pakaian

Entry kali ini kami ingin kongsikan pula beberapa faktor sebagai panduan untuk anda menyediakan budget sebelum mencetak apa-apa pakaian dimana-mana syarikat sekali pun. Sudah menjadi lumrah untuk setiap orang untuk mendapatkan harga yang paling murah dan mendapat mutu produk yang berkualiti. Antara faktor penentu harga cetakan pakaian adalah:


1)Kuantiti Cetakan Baju
kuantiti cetakan
Ini faktor yang paling utama dalam menentukan harga. Harus diingat untuk mencetak tshirt, bahan asas yang perlu ada adalah blok untuk printing.(Gambar Bawah ini)

Photobucket





Kuantiti yang banyak seperti 100pcs keatas dapat mengurangkan kos untuk membuat blok cetakan(kaedah silkscreen printing). Lagi tinggi kuantiti lagi banyak kos dapat dikurangkan.


2)Jumlah Warna
jumlah warna cetakan




Semakin banyak warna yang ingin dicetak semakin tinggi juga kos cetakan. Tetapi sekiranya sedikit kuantiti warna yang ingin dicetak maka semakin murah la kos cetakan tshirt anda nanti. Ini kerana untuk mencetak design yang pelbagai warna, ia memerlukan blok cetakan yang berlainan. Sekiranya anda ada 5 warna yang ingin dicetak pada tshirt anda, maka ia memerlukan 5 blok cetakan yang berlainan juga. Sudah tentu kos akan bertambah.


3)Cetak atau Sulaman


Apabila anda ingin membuat teknik embroidery atau sulaman sudah tentu kos tshirt akan menjadi sedikit mahal. Ini kerana dalam teknik menyulam juga ia mengambil kira bilangan warna dan tahap kerumitan sesuatu logo. Lagi banyak warna yang terdapat pada logo lagi banyak juga bilangan jarum yang akan digunakan. Gambar dibawah menunjukkan contoh mesin sulaman.
mesin sulaman|embroidery



Sebenarnya terdapat lagi faktor-faktor lain yang akan kami kongsikan tentang topik kali ini. Buat waktu ini cukup lah sekadar 3 faktor dahulu kami akan continue pada entry yang akan datang.


Walaubagaimanapun, kalau anda inginkan cetakan yang berkualiti dan murah sudah tentu BikinBajuShop adalah pilihan yang tepat untuk anda. TEMPAHLAH SEKARANG!!!

0 comments:

Post a Comment